
JIKA berkunjung ke Ipoh, Perak, tidak sah rasanya kalau tidak singgah makan nasi kandar di sebuah gerai yang terletak di sebuah restoran Cina lama, Kedai Kopi Yong Suan di Jalan Yang Kalsom.
Gerai tersebut dibuka sejak tahun 1960 seusia dengan kedai kopi itu sendiri, mungkin bukan sahaja yang tertua di ibu negeri Perak ini, malah yang paling popular di kalangan penggemar nasi kandar.
Walaupun nama asal masakan popular Pulau Pinang itu ialah nasi kandar ayam merah, kebanyakan orang menggelarkannya ‘nasi ganja’ kerana keenakannya. Malah, ia juga mampu membuatkan ramai yang ketagih.
Warga Lembah Kinta yang pernah mencuba nasi itu pasti menjadi pelanggan setia masakan tersebut. Manakala, orang luar pula tidak lupa singgah makan di situ setiap kali berkunjung ke bandar raya Ipoh.
![]() |
|
RESIPI istimewa. Mungkin itulah rahsia perniagaan ini kekal hingga hampir lima dekad.
|
Sekiranya datang ke restoran ini pada waktu tengah hari, anda bukan sahaja terpaksa beratur panjang, malah sukar untuk mendapat tempat duduk. Namun penggemar nasi ini sanggup beratur panjang.
Ia semata-mata untuk menghilangkan rasa ketagihan terhadap ‘nasi ganja’. Uniknya, pelanggan terdiri daripada pelbagai bangsa termasuk Melayu dan India walaupun ia merupakan sebuah kedai kopi Cina.
‘Vangge, vangge, vangge’, panggilan dalam bahasa Tamil yang bermaksud ‘Marilah, marilah, marilah’ pasti menjadi santapan telinga setiap kali lalu di depan restoran berkenaan.
Sama seperti pengasas Kedai Kopi Yong Suan, pengusaha asal nasi kandar tersebut, Kamal Naseer Abdul Rahman, sudah meninggal dunia. Tradisi perniagaan tersebut diteruskan oleh ahli keluarganya.
![]() |
|
‘NASI ganja’ mendapat sambutan daripada orang ramai termasuklah pelancong asing.
|
Adik ipar Kamal, Nihmatullah Syed Mustafa, 44, berkata, keistimewaan nasi ganja terletak pada ayam merahnya yang dimasak menggunakan sambal kelapa. Hidangan ini dikatakan tidak boleh didapati di restoran lain di seluruh negara.
“Nasi kandar ini turut menggunakan resipi rahsia. Kami juga menggunakan pelbagai rempah ratus yang digiling secara tradisional dan dibeli khas dari Pulau Pinang,” katanya.
Menurut Nihmatullah, sejak dibuka 49 tahun lepas, nasi ganja semakin hari semakin mendapat sambutan daripada orang ramai termasuklah pelancong asing dari Singapura, Thailand dan juga Australia.
“Dulu, tempat ini menjadi tumpuan orang ramai kerana ia terletak di hadapan Stesen Bas Tanjung Rambutan. Walaupun stesen bas itu telah ditutup sejak 15 tahun lepas, sambutan tidak pernah pudar,” katanya.
“Biasanya, kami boleh menjual tidak kurang daripada 1,000 pinggan nasi kandar setiap hari. Jumlah ini mungkin akan meningkat pada hujung minggu dan hari kelepasan am,” cerita Nihmatullah.
Sementara itu, pemilik kedai kopi, Yang Yong Suan, 58, berkata, sambutan orang ramai terhadap nasi kandar itu turut melariskan jualan di kedai yang diwarisi daripada mendiang ayahnya.
-kosmo


hehe.. kalau betul nasi ganja, tahun 1960 pun dah tutup
nasi ganja = makanan ketagihan…..
eh kedai kopi cina? halal kea? O.O
tak pasti la pulak….
xla…stall die je dalam kedai cina tu…aku dah try beb…best2…p r try…ahhahaaha….air je maknya tu yang juallll…..
owh ye ke….. tapi memang betul laa…. ramai member dok ipoh kata nasik dia memang besh
kat perlis pon ada gak..aku penah kena dah..tp bila kena..cari bantal la..sebab mengantok..
ye ke bro……mengantuk yee….tu sebab banyak makan kot….
amboi nama..
name kedai yang sempoi….
mmg sdap…time2 bulan pose mkn musti sdap..
nasi tue halal laa tapi kedai cina tue myb la tak..seeloknye jangn la makn situ..lebih ok kalau tapau bawak balik..kalo nk maknkt ctu gak, jangnla minum air kt kedai cina tue..bwk air mineral sdiri..hehee.. Tapi nasi ganja memg best! Kalo nk beli utk lunch, kena kuar awal2..kalo lambt, nnti kena berbaris panjang…huhuhuhuuu
nasi ganja
yeah… itu lah gelarannya…. sebab ia buat orang ketagih nak makan selalu….
kedai cina, cina wat air je…mamak yg wat nasi ganja tu…partner bisnes je…mestila halal!
betul tue…. smartpartnership…..
slm…marila ke azbudispa sempena promosi murah…(^^)
klu ragu2 lebih baik tak payah mkn…..kasi penin kepale je.
sape owner btol nie? family kamal or yong suan tuh???
aku selalu makan masa belajar kat Ipoh tahun 1988 dulu, memang sedap. Kalau makan mesti minum air mineral, sendiri mau ingat la
Whoaa… blajar kat IPOH…. sekolah maner dulu yea…. mesti skolah berasrama nie kan…
memang mgilekan nasi ganja !
fuhhh skali pkena ta lena tido wooo
whoaaa… yang penting ketagih selalu kan….