RAMBUT mampu PIKAT wanita

du 09.1 RAMBUT mampu PIKAT wanita

CLOONEY



LONDON – Pelakon terkenal, George Clooney mendedahkan rahsianya berjaya memikat wanita iaitu memiliki rambut yang kemas, lapor sebuah akhbar semalam.

Dalam satu temu bual dengan majalah In Touch, Clooney berkata: “Saya menghabiskan masa sekurang-kurangnya tiga atau empat jam dalam bilik air pada setiap hari.

“Saya hanya bercakap berdasarkan pengalaman. Bagi saya, itu (berjaya memikat wanita) adalah rambut.

“Jika anda mempunyai rambut yang menarik dan kemas, anda kemudiannya boleh mencapai kejayaan terhadap wanita.”

Clooney berkata, menjaga ketampanan itu merupakan satu tanggungjawab yang besar.

“Namun, saya suka untuk mengambil tanggungjawab itu,” kata Clooney yang pernah berlakon dalam filem The Peacemaker.

Dia pernah bercerai dengan pelakon Talia Balsam pada 1993 selepas berkahwin selama empat tahun.

Baru-baru ini, dia berpisah dengan kekasihnya, Sarah Larson. – Agensi

-kosmo




Comments (2)

sis-linJuly 6th, 2009 at 9:32 AM

betul tu,rambut mahkota pompuan,tp klu lelaki rambut mahkota ketampanan dia kan..klu x de rambut..adeii mcm ada yg kurengg jek..hehehehe

species1980July 11th, 2009 at 12:09 AM

kena la selalu buat rawatan rambut…..

Leave a comment

Your comment

CommentLuv Enabled