Lindsay Lohan akui SELERA SONGSANG

du 12.1 Lindsay Lohan akui SELERA SONGSANG

LINDSAY Lohan (kiri) dan Samantha Ronson.



LOS ANGELES – Artis muda, Lindsay Lohan akhirnya mengaku mempunyai hubungan lesbian dengan selebriti Samantha Ronson, lapor sebuah akhbar semalam.

Pasangan yang dikenali sebagai Lilo dan Sam itu mula berkawan dan menjadi intim selepas keluar bersama pada tahun lalu.

“Saya hanya mahu hidup gembira, sihat sepanjang tahun, meneruskan karier yang saya pilih dan bersama dengan orang yang saya ambil berat mengenainya,” kata Lohan apabila ditanya mengenai temannya itu.

Ronson dilaporkan gembira ketika muncul buat kali pertama di tempat awam bersama keluarga Lohan di Disneyland di Los Angeles baru-baru ini.

Pasangan kekasih itu kemudiannya dilaporkan berpesta sepanjang malam di kelab malam Teddy.

“Kedua-duanya tidak dapat dipisahkan. Tiada apa yang lebih istimewa dalam hidup Lohan selain Sam tetapi ia mengambil masa untuk dia merasakan bahawa dia boleh berbual mengenai hubungan mereka,” kata satu sumber. – Agensi

-arkibkosmo

This entry was posted in Karenah Selebriti and tagged , , , . Bookmark the permalink.

One Response to Lindsay Lohan akui SELERA SONGSANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge