DHAKA – Universiti terbesar di Bangladesh akan melantik seorang pakar psikiatri untuk memberi rawatan kepada para pelajarnya yang semakin ramai membunuh diri akibat gagal bercinta.
Naib Canselornya, AFM Yusuf Haider semalam berkata, sekurang-kurangnya empat mahasiswi membunuh diri di dalam asrama sejak beberapa bulan lalu.
Tambah Yusuf, keputusan itu merupakan usaha pertama dalam sejarah 88 tahun penubuhan universiti tersebut setelah pelbagai masalah timbul berikutan jumlah pelajar yang meningkat sehingga 30,000 orang pada awal tahun ini.– AFP
-kosmo