KOMIK GAY makin dapat sambutan


ne 06.1 KOMIK GAY makin dapat sambutan

ANTARA komik gay yang laris walaupun harganya mencecah RM50 senaskhah.



KUALA LUMPUR – Tidak cukup lambakan penjualan cakera padat lucah di pasaran, kini komik gay pula dijual secara terang-terangan.

Ia bukannya diperagakan di tepi jalan tetapi diletak di rak dalam kedai buku yang memaparkan lebih 20 judul komik golongan tersebut.

Pada harga hampir RM50 setiap naskhah, ia ternyata mempunyai pasaran tersendiri.

Tinjauan Kosmo! mendapati komik itu dijual tanpa berselindung lagi malah gambar pasangan gay menghiasi kulit depan.

Semua komik dari Jepun itu memaparkan pelbagai aksi pasangan gay termasuk kata-kata romantik dalam bahasa Inggeris.

Pekerja kedai buku tersebut memberitahu, komik-komik itu mendapat sambutan dan penjualannya sangat memberangsangkan.

“Ramai yang beli kerana ia telah dialih bahasa dari bahasa Jepun kepada bahasa Inggeris dan juga ia dijual lebih murah.

“Selalunya golongan muda antara 25 tahun ke atas yang selalu beli komik itu,” ceritanya dan ketika ditanya mengapa ia boleh dijual di kedai buku tersebut, dia menjawab:

“Saya pun tidak tahu bagaimana ia boleh dijual di sini”.

Dakwanya, pekerja premis yang sama, ada yang membeli komik itu untuk menjualnya semula di internet dengan harga yang lebih tinggi.

-kosmo




This entry was posted in Berita Tergempar and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

8 Responses to KOMIK GAY makin dapat sambutan

  1. zai says:

    erk..gayboy..huhu

  2. raito says:

    hurm .. laris ngak cte GAY niew .. ???

  3. Azumi Hirogashi says:

    same ngan indonesia yg ade majalah playboy tahun lepas…
    pasal tu la jadi gini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge