![]() |
|
EMMY ROSSUM
|
EMMY ROSSUM memberitahu dia tidak mempunyai masalah untuk tampil berbogel di layar lebar.
Aktres berusia 21 tahun yang menempa populariti dengan watak Christine untuk filem The Phantom Of Opera yang diterbitkan tahun 2004 bersedia untuk membuka baju untuk filem tetapi tidak akan bogel sepenuhnya.
“Saya tidak kisah untuk membuka baju tetapi rasanya tidak mungkin bogel di bahagian depan sepenuhnya. Itu adalah perkara yang saya tidak akan lakukan,” kata Emmy.
Emmy baru-baru ini dinamakan sebagai duta Cartier, Love dan memilih yayasan kanser payu dara Susan G. sebagai pusat amal yang akan menerima keuntungan hasil jualan gelang merah jambu yang direka sendiri untuk syarikat itu.
“Nenek saya mengidap kanser payu dara dan telah menjalani pembedahan sebanyak dua kali. Kini ia telah sembuh dan saya kini berharap untuk membantu pesakit lain,” ujarnya.
-kosmo
