Branson jadi PILIHAN UTAMA wanita

du 05.1 Branson jadi PILIHAN UTAMA wanita



LONDON – Ahli perniagaan terkenal Britian, Sir Richard Branson (gambar) menduduki tangga teratas senarai lelaki terkaya yang menjadi buruan wanita di Britain untuk mengadakan temu janji, lapor sebuah akhbar semalam.

Branson yang juga pemilik sebuah syarikat penerbangan tambang murah iaitu Virgin Atlantic memperoleh undian sebanyak 35 peratus dalam satu tinjauan pendapat yang dikendalikan oleh agensi Parship baru-baru ini.

Ahli perniagaan yang memiliki kekayaan AS$2.7 bilion (RM8.8 bilion) itu tidak mempunyai masalah untuk bersaing dengan bekas anggota kumpulan Beatle, Sir Paul McCartney yang berada di tempat kedua dengan 25 peratus undian.

Selain itu, McCartney mengalahkan pemilik kelab bola sepak Chelsea, Roman Abramovich yang mempunyai kekayaan berjumlah AS$11.7 bilion (RM38.24 bilion) walaupun Abramovich jauh lebih kaya berbanding artis legenda berkenaan.

Ahli perniagaan, Alan Sugar dan komposer terkenal Britain, Andrew Lloyd pula berada di tempat keempat dan kelima, masing-masing dengan 13 peratus dan lima peratus undian.

Pengarah Parship di United Kingdom dan Ireland, Tony Blin-Stoyle berkata: “Ia tidak menghairankan apabila lelaki matang mudah untuk menjadi kaya. Bagaimanapun, dia juga bijak dalam cara untuk membuatkan seorang wanita tersenyum,”

Pemilik pusat beli-belah Harrods, Mohamed al-Fayed juga tersenarai dalam tinjauan tersebut di mana dia yang memiliki kekayaan bernilai £555 juta (RM3.59 bilion), menduduki tempat keenam. – Agensi

-arkib kosmo

This entry was posted in Gelagat Manusia and tagged , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge