GOOGLE sebar pornografi

BEIJING: Kerajaan China menuduh syarikat Internet gergasi, Google Inc menyebarkan pornografi selepas pengguna Internet gagal melayari laman web syarikat Amerika Syarikat (AS) itu.

“Kami mendapati versi Inggeris google.com menyebarkan pornografi, selain memiliki kandungan lucah yang meluas.

“Ia melanggar undang-undang China. Kami memanggil wakil Google.com di China dan meminta kandungan lucah itu dipadamkan serta-merta,” kata jurucakap Kementerian Luar Negara China, Qin Gang.

Qin bagaimanapun tidak menjawab sama ada kerajaan kini menghalang pengguna Internet tempatan melayari laman web Google.

Beliau hanya berharap masalah itu akan dapat diselesaikan serta-merta.

Pengurusan Google mengumumkan akan menyiasat punca masalah itu yang bermula lewat Rabu lalu.

Pengguna Internet China dihalang melayari laman web Google AS, laman web di China, google.cn dan khidmat e-melnya.

Minggu lalu, Kementerian Perindustrian dan Tenologi Maklumat menuduh Google menyediakan bahan lucah dalam laman webnya.

Google yang beribu pejabat di Mountainview, California berjanji akan berusaha menghalang pengguna China melihat bahan lucah.

“Saya menegaskan, Google.com yang terbabit menyediakan khidmat Internet di China perlu mematuhi semua undang-undang negara ini.

“Semua hukuman yang dilaksanakan adalah mengikut peraturan ditetapkan,” kata Qin lagi.

China memiliki pengguna Internet paling ramai di dunia dengan lebih 298 juta rakyatnya dilapor melayari alam maya itu. – AP

-Hmetro




This entry was posted in Berita Tergempar, Ragam Dunia and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to GOOGLE sebar pornografi

  1. TMUkmkd says:

    haha.. tak pasal google yang kene.. bukan salah diorang ..tapi masalahnya diorang yang membolehkan carian tu dijumpai.. so diorang pun terlibat la :D

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge