Lagi GAMBAR KONTROVERSI Miley Cyrus

LOS ANGELES: Dia mungkin baru berusia 16 tahun.

Namun, Miley Cyrus membuktikan dirinya agak veteran apabila bergaya untuk gambar kontroversi.

Dalam gambar baru yang disiarkan menerusi laman web Twitter, bintang remaja itu bergaya dengan pakaian ketat sambil mencangkung di atas kerusi dalam bilik salin pakaian.

Gambar itu dirakam oleh Adam Shankman yang menerbitkan filem baru pelakon Hannah Montana itu, The Last Song.

Dalam satu lagi gambar, Miley mempamerkan wajah seksi sambil bersandar pada Adam, 44, yang mengaku secara terbuka bahawa dirinya gay.

Adam menyiarkan gambar itu yang dirakam di Georgia pada laman Twitternya.

Dalam kenyataannya, Adam berkata: “Miley adalah gadis yang bekerja tanpa mengenal erti penat dan dibenar untuk berseronok dalam bilik salin pakaian.”

Gambar terbaru itu adalah sebahagian daripada gambar kontroversi bintang remaja itu.

Gambar sebelum ini yang disiarkan menerusi laman MySpace, menunjukkan Miley dengan hanya berseluar dalam.

Tahun lalu, dia meminta maaf dan mengaku malu selepas bergambar separuh bogel untuk majalah Vanity Fair. – Agensi

-Hmetro

This entry was posted in Karenah Selebriti and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

3 Responses to Lagi GAMBAR KONTROVERSI Miley Cyrus

  1. I can’t see why the critics don’t like miley’s latest song – I think it is terrific.

  2. Dori Ollmann says:

    Seems like Miley has ruffled some feathers in her latest video. I do think it is good – go for it!

  3. erika says:

    i think the way miley take is true….i always luv miley

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge