Komposer ROGOL 11 gadis
NEW YORK: Kompoeser lagu You Light Up My Life, Joseph Brooks yang memenangi anugerah Oscar didakwa merogol 11 wanita di apartmennya dengan janji untuk memberi watak dalam filem terbaru arahannya.
Pendakwaraya Lisa Friel berkata, mangsa menghubungi Brooks selepas membaca iklan di Internet dan memohon menghadiri uji bakat.
Bagaimanapun, sebaik sahaja masuk ke apartmen milik Brooks di Manhattan, mangsa dihidangkan arak dan kemudian merogol mereka.
Beliau turut didakwa menggunakan kekerasan demi memastikan beliau berjaya melakukan hubungan seks dengan mangsanya.
Brooks, 71, menafikan dakwaan dan mengaku tidak bersalah terhadap 91 tuduhan, termasuk rogol, mencabul dan menyerang.
Jika disabit kesalahan Brooks boleh dipenjara maksimum 25 tahun.
Hakim Charles Solomon menetapkan bon jaminan RM1.8 juta dan ikat jamin RM900,000. Brooks turut tidak dibenarkan meninggalkan bandar tanpa memaklumkan kepada mahkamah.
“Beban yang saya pikul selama ini sudah terlerai. Saya gembira kerana Brooks kini tidak lagi boleh menganiaya sesiapa,” kata seorang daripada mangsa, Loretta Spruell, 23. – Agensi
-Hmetro







Gila btul ler…91 pertuduhan..bkn sikit2 tue…
tu la pasal…. itupun yang direkodkan…. yang tak dapat kesan mungkin lagi banyak…