Aktres kedua menang berturut-turut: FHM
TAMPA: Aktres Megan Fox yang mendapat perhatian selepas membintangi filem Transformers dan menjadi penghias muka depan banyak majalah bulan ini, dipilih sebagai wanita paling seksi di dunia oleh majalah FHM buat kali kedua berturut-turut.
Pelakon seksi itu yang mendapat tempat kedua selepas Cheryl Cole, isteri pemain bola sepak Chelsea, Ashley Cole, dalam FHM versi Britain, menjadi wanita kedua mempertahankan mahkota kejuaraannya selepas kemenangan berganda Jennifer Lopez pada 2001 dan 2002.
Berdasarkan senarai lima tempat teratas, jelitawan itu diikuti aktres Jessica Alba (tempat ke-2), Scarlett Johansson (ke-3), Jessica Biel (ke-4) dan Madeline Zima (ke-5), lapor akhbar The Sun.
Model Adriana Lima berada di tempat keenam diikuti Elisha Cuthbert, Heidi Montag, Anne Hathaway dan Katy Perry. Penyanyi kontroversi Amerika Syarikat, Britney Spears pula melonjak dari tempat ke-100 tahun lalu ke tempat ke-12, tahun ini.
Selebriti terkenal lain yang mendapat tempat ialah Angelina Jolie (15), Hayden Panettiere bintang siri Heroes, (18), Lindsay Lohan (23), Jennifer Aniston (50); Halle Berry (61), Pamela Anderson ( 62) dan Rachael Ray (100).
Dalam perkembangan lain, Fox juga mengakui bahawa sikap dan perangai beliau mungkin faktor utama menakutkan lelaki kerana mereka jarang mencuba nasib untuk memikatnya.
Bintang berusia 23 tahun itu juga menekankan, beliau tidak mudah jatuh hati dengan lelaki dan mahu mereka semua maklum hal itu.
“Mereka takutkan saya. Mereka gementar,” lapor akhbar Sydney Morning Herald yang memetiknya sebagai berkata.
“Saya fikir ia mungkin berkaitan dengan peri laku saya yang bertenaga,” katanya. ? Agensi
-bharian
Adriana Lima is my favorite Victoria Secret model. She has perfect curves and a very pretty face.“*
oh how i wish i could marry Adriana Lima, i just love her complexion and pretty face :