Seks punca sakit belakang – Hefner


hi 03.1 Seks punca sakit belakang   Hefner

HUGH HEFNER terkenal dengan sikapnya yang obses terhadap seks dan wanita.



AKIBAT terlalu kerap melakukan hubungan seks, Hugh Hefner kini mempunyai masalah sakit belakang.

Orang kuat majalah Playboy yang tinggal bersama tiga teman wanitanya di Los Angeles memberitahu aktivitinya di bilik tidur akhirnya memudaratkan kesihatannya.

“Belakang badan saya mengalami kesakitan sejak usia 80-an lagi. Ini kerana terlalu banyak membuat hubungan kelamin,” katanya kepadaFoxNews.com.

Hefner,82, juga memberitahu pada awal pembabitannya dalam majalah Playboy, dia sebenarnya tidak mendapat restu keluarganya. Tetapi sikap degilnya membuatkan dia setia dengan keputusan membabitkan diri dalam pengeluaran majalah kurang bermoral itu.

“Saya hanya mengikut keputusan sendiri yang sudah lama diidam-idamkan. Saya juga seorang yang romantik dan saya suka memikirkan perkara luar biasa sejak dari kecil lagi.

“Saya dibesarkan di kawasan kampung iaitu Midwestern Methodist dan ketika itu saya tidak cukup kasih sayang,” tambahnya lagi menceritakan minatnya kepada hal-hal yang berkaitan dengan sesuatu yang bersifat erotik dan sensasi.

-arkibkosmo

This entry was posted in Ragam Dunia and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

One Response to Seks punca sakit belakang – Hefner

  1. safar says:

    dengar kata Hefner nak jual syarikat playboy dia.
    ramai yang mudah untuk mendapat video playboy
    melalui internet.

    Sakit belakang itu masalah sendiri.siapa suruh
    cari penyakit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge