Jambatan terpanjang


du 04.1 Jambatan terpanjang

JAMBATAN Sutong sepanjang 1,088 meter yang menghubungkan bandar Suzhou dan Nantong, China dibuka dengan rasmi kelmarin.

SHANGHAI – Jambatan penyangga kabel terpanjang di dunia dibuka secara rasmi di timur China yang menghubungkan dua tebing Sungai Yangtze, lapor media negara semalam.

Akhbar Shanghai Dailymelaporkan bahawa Jambatan Sutong sepanjang 1,088 meter merentasi sungai terpanjang di China itu.

Ia menghubungkan dua buah bandar iaitu Suzhou dan Nantong dan dibuka dalam satu upacara kelmarin selepas sebulan dalam percubaan.

Jambatan enam lorong itu dijangka meningkatkan pertumbuhan ekonomi di rantau tersebut dan memendekkan tempoh perjalanan antara Shanghai dan Nantong kepada sejam berbanding empat jam sebelum ini.

Agensi berita Xinhua melaporkan bahawa lebih 30,000 kenderaan sehari melintasi jambatan itu sepanjang tempoh percubaan itu.

“Ia hanya mengambil tempoh tujuh minit untuk menyeberang Sungai Yangtze,” kata Pengarah Pengangkutan Jiangsu, You Qingzhong.

Ketua jurutera projek itu, Wu Shouchang berkata, jambatan bernilai AS$1.15 bilion (RM3.75 bilion) itu akan menggantikan Jambatan Tatara di Jepun sepanjang 890 meter itu sebagai terpanjang di dunia.

“Jambatan itu merupakan bukti terbaik kejayaan saintifik China dalam pembinaan jambatan sejak beberapa tahun lalu,” katanya.

- AFP

-arkibkosmo

This entry was posted in Berita Tergempar and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge