MONTREAL: Anggota bomba semalam menyelamatkan kira-kira 10 kakitangan dan pengunjung sebuah kelab bogel di sini selepas bangunan kelab itu terbakar.
Lima daripada mereka dilapor membalut diri dengan tuala untuk turun menggunakan tangga kereta bomba dari tingkat dua bangunan itu.
Dengan bertelanjang bulat atau menggunakan tuala, mereka menungga selama kira-kira sejam memerhatikan anggota bomba memadamkan kebakaran itu, kata saksi.
Punca kebakaran masih tidak diketahui. – AP
-hmetro