Wanita CABUL kanak-kanak ditangkap

CARIBOU (Amerika Syarikat): Satu siasatan yang dilancarkan di Britain membawa kepada penangkapan seorang wanita di sini yang dituduh mendera seorang kanak-kanak dan menyiarkan imejnya dalam Internet.

Julie M Carr, 31, ditahan Jumaat lalu selepas polis menerima maklumat daripada penyiasat di Midlands Barat, Britain, berhubung video menunjukkan seorang wanita melakukan aksi seks pada kanak-kanak.

Dia didakwa atas tuduhan melakukan serangan seksual dan eksploitasi seks terhadap kanak-kanak.

Julie kini ditahan di Penjara Aroostook County di Houlton, berhampiran sempadan Kanada.

Sebelum itu, media Britain melaporkan, seorang remaja berusia 18 tahun ditahan di Walsall, England sebagai sebahagian daripada siasatan itu dan dituduh memilih pornografi kanak-kanak

Polis bagaimanapun tidak mendedahkan maklumat mengenai kanak-kanak terbabit. – Agensi

-hmetro

This entry was posted in Gelagat Manusia and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge