394 mohon kahwin wanita jutawan

SEOUL: Hampir 400 lelaki Korea Selatan memohon untuk berkahwin dengan seorang wanita jutawan yang mengiklankan hasratnya mencari pasangan hidup.

Bagaimanapun, menurut sebuah agensi mencari jodoh, hanya lapan yang akan dipilih untuk saringan akhir.

Wanita berusia 49 tahun itu yang dilapor memiliki harta berjumlah RM63 juta menyiarkan iklan itu melalui Internet sejak 20 Mei lalu, kata jurucakap agensi berkenaan.

Mereka yang memohon itu, termasuk doktor, peguam, akauntan, tentera dan kakitangan kerajaan berusia dari 26 hingga 49 tahun.

“Kerana sibuk mengendalikan perniagaannya, jutawan itu tidak mempunyai masa untuk mencari sendiri suami,” kata jurucakap itu. – AP

-hmetro




This entry was posted in Ragam Dunia and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

3 Responses to 394 mohon kahwin wanita jutawan

  1. zool says:

    nak try gak lah. borang kat mana?

  2. GilaUsahawan says:

    Ini baru betul-betul Gila Usahawan tahap hardcore. Sampai nak cari jodoh pun takde masa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge