Jutawan segera minyak

du 02.1 Jutawan segera minyak

OSCAR dan isterinya menunjukkan gambar lokasi telaga minyak di Beulah, Amerika Syarikat.



BEULAH – Sejumlah penduduk di North Dakota, Amerika Syarikat (AS) menjadi jutawan segera selepas telaga minyak dijumpai di ladang yang dimiliki mereka.

Sepasang warga emas, Oscar Stohler dan isterinya, Lorene kini bergelar ‘jutawan segera’ selepas tiga telaga minyak dijumpai di ladang milik mereka.

Oscar, 83, berkata, pada mulanya dia berasa ragu-ragu dan hanya bergurau selepas sebuah syarikat cari gali mahu menggali telaga minyak di ladang miliknya pada tahun lalu.

“Saya memberitahu mereka sekiranya minyak dijumpai, saya akan membeli kereta Cadillac dan akan memakai topi yang besar,” katanya.

Namun, dalam tempoh tidak sampai setahun, Oscar dan Lorene, 82, kini bergelar jutawan hasil daripada royalti minyak sebuah telaga yang dijumpai di ladang mereka.

Bagaimanapun, pasangan itu tidak membeli barangan mewah di mana Lorene membeli sistem penyiraman air untuk bunganya manakala Oscar pula membeli cincin berharga AS$1,000 (RM3,267) untuk isterinya sempena ulang tahun perkahwinan ke-60 dan masih memandu trak lama.

Lorene yang pernah bekerja sebagai kerani di sebuah pasar raya kecil selama beberapa dekad berkata, wang hasil minyak itu merupakan yang paling mudah mereka peroleh.

Presiden Majlis Petroleum North Dakota, Ron Ness memberitahu bahawa dia pernah mendengar seorang jutawan dicipta pada setiap hari di negeri itu. – AP

-arkibkosmo

This entry was posted in Berita Tergempar and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge