Faye paling SEKSI di Asia

du 08.1 Faye paling SEKSI di Asia


HONG KONG – Penyanyi dan aktres China, Faye Wong(gambar) dipilih sebagai wanita vegetarian paling seksi di Asia dalam satu undian yang dilakukan oleh sebuah pertubuhan hak asasi haiwan iaitu PETA.

Dia juga berjaya menewaskan pemenang pada tahun lalu iaitu aktres, Maggie Q yang terkenal menerusi lakonan dalam filem Mission: Impossible II.

Penyanyi kelahiran Beijing itu sebelum ini pernah membintangi filem, Chungking Express dan In the Mood for Love arahan pengarah terkenal, Wong Kar-wai.

Aktres itu sebelum ini pernah menghiasi muka depan beberapa majalah antarabangsa termasuk, Vogue, Elle dan Marie Claire.

Aktor legenda Bollywood, Amitabh Bachan pula memenangi gelaran lelaki vegetarian paling seksi di Asia dalam undian yang dilakukan selama satu bulan itu.

Pertubuhan itu sebelum ini kerap bekerjasama dengan selebriti untuk menarik perhatian orang ramai dalam setiap kempennya.

Beberapa selebriti seperti model terkenal, Christy Turlington dan Naomi Campbell pernah bergambar bogel dalam satu poster PETA yang tertera slogan “Saya lebih rela berbogel daripada memakai pakaian daripada bulu haiwan”. – AFP

 

Leave a comment

Your comment

CommentLuv Enabled