BANGKOK – Polis Thailand menahan seorang wanita kerana enggan berdiri ketika lagu hormat untuk pemerintah Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej dimainkan sebelum tayangan filem bermula.
Penangkapan itu merupakan kes kedua yang berlaku pada tahun ini.
Wanita itu Rachapin Chancharoen, 28,
berhadapan hukuman penjara sehingga 15 tahun jika didapati bersalah.
Bagaimanapun, seorang pegawai polis, Arkom Chantanalap memberitahu bahawa wanita itu sebenarnya mengalami masalah mental.
“Wanita itu jelas menunjukkan tanda-tanda individu yang mengalami masalah mental dan kami telah menghantarnya ke hospital untuk menjalani pemeriksaan,” katanya.
Pada April lalu, seorang aktivis politik didakwa secara rasmi kerana menghina raja kerana enggan berdiri ketika lagu berkenaan dimainkan. – Reuters
-kosmo