Kendra Wilkinson tinggalkan PLAYBOY

 Kendra Wilkinson tinggalkan PLAYBOY
WILKINSON sudah berpindah dari rumah besar pemilik majalah Playboy. – Foto AFP

Bekas ‘Playmate’ tidak sabar mendirikan rumah tangga

LOS ANGELES: Bekas ‘Playmate’, Kendra Wilkinson tidak sabar untuk meneruskan hidupnya sebagai seorang isteri selepas berpindah dari rumah besar pemilik majalah dewasa Playboy dan pada masa sama mendapat peluang mendedahkan kehidupannya dengan siri baru di televisyen bertajuk Kendra.

“Bab kehidupan saya dengan Playboy sudah berakhir,” kata Wilkinson, 23, yang berikrar untuk tidak lagi menanggalkan pakaian untuk jurugambar.

Wartawan TV Guide berpeluang menemuramah bekas teman wanita pemilik Playboy, Hugh Hefner itu menerusi e-mel untuk mengetahui bagaimana beliau hidup sendiri, perkahwinan yang dirancang bersama tunangnya, Hank Baskett dan bagaimana mengekalkan bentuk badannya menjelang hari perkahwinannya.

Ditanya mengapa beliau mengambil keputusan mengadakan rancangan itu selepas terbabit dalam rancangan realiti selama beberapa tahun, Wilkinson berkata, beliau seronok menyertai pembikinan Girls Next Door dan mahu kehidupan berikutnya menunjukkan kehidupan yang boleh ditontoni sepanjang masa.

“Selain itu, kumpulan kerja saya amat menakjubkan, justeru apabila saya mengetahui perlu bekerja dengan ramai orang, saya bersungguh-sungguh melakukannya. Mereka seperti satu keluarga,” katanya.

Dia mengakui sukar menjalani hidup sendirian kerana tidak perlu berbuat apa-apa ketika bersama Hefner tetapi kini perlu mempelajari cara memasak.

“Memasak nampak bukan sesuatu yang sukar. Anjing saya juga sukar dikawal. Di rumah besar sebelum ini, ia boleh berlari sesuka hati dan selepas itu ada yang menjaganya. Kini, saya yang menjaga mereka.

“Paling saya suka dengan kehidupan sendiri ialah kebebasan dan berada di rumah sendiri. Pada mulanya ia amat menakutkan, namun kini saya lebih selesa dan benar-benar suka berdikari,” kata Wilkinson.

Mengenai hubungannya dengan dua lagi ‘Playmate’, Bridget dan Holly yang tidak tinggal sebumbung lagi, Wilkinson berkata, mereka lebih rapat sejak berpindah untuk mencapai impian masing-masing.

“Kami kerap berhubung. Malah, mereka akan menjadi pengapit saya. Hefner tidak akan hadir di majlis itu tetapi memberitahu dia gembira saya sudah bertemu teman hidup.” ? Agensi

-bharian



Comments (2)

safarJune 10th, 2009 at 9:40 PM

tutup teruslah syarikat majalah dewasa dan dvd dewasa ini membuatkan manusia tanpa maruah dan menjatuhkan maruah orang lain.

species1980June 12th, 2009 at 6:20 PM

Kat amerika nie permintaan terhadap benda2x takkan kurang punyee….

Leave a comment

Your comment

CommentLuv Enabled