DUBAI: Dua lelaki dipenjara kerana menjadi gigolo serta menggoda polis berasmara dengan mereka, semalam.
Pegawai mahkamah Dubai berkata, tertuduh menawarkan bayaran RM1,900 untuk anggota polis lelaki itu meniduri mereka.
Tertuduh, masing-masing pelajar berusia 22 tahun dan kakitangan swasta berusia 26 tahun, ditahan dalam majlis yang dihadkan hanya untuk tetamu lelaki.
Mereka mengaku tidak bersalah atas kedua-dua tuduhan.
Saksi berkata, seorang polis menyamar dan pergi ke majlis itu apabila dihampiri tertuduh.
Polis itu dibawa ke sebuah bilik hotel pada awal pagi yang sengaja ditempah untuk memerangkap lelaki terbabit sebelum serbuan dilakukan sejurus kemudian.
Hakim, Hamad Abdul Latif Abdul Jawad, mengarahkan mereka dipenjara setahun.
- Agensi
-bharian