‘DATUK SETAN’ perkosa cucu

TELUK INTAN: ‘Datuk segala setan’ gelaran paling tepat diberikan kepada seorang lelaki yang tergamak menjadikan cucu perempuannya berusia lima tahun sebagai tempat memuaskan nafsu buasnya selama hampir tiga minggu sejak awal bulan lalu.

Lebih memalukan, warga emas berusia 66 tahun berhati binatang itu juga sanggup mempelawa tiga rakan, termasuk seorang anak angkat yang tinggal bersamanya untuk ‘meratah’ tubuh kanak-kanak itu di rumahnya di Langkap, dekat sini.

Perbuatan kejam keempat-empat suspek selama hampir tiga minggu hanya berakhir apabila disedari seorang jiran yang menyedari perubahan fizikal dan mental mangsa.

Mulanya kanak-kanak itu enggan bercerita, tetapi selepas dipujuk jiran berkenaan, akhirnya mengadu mengalami kesakitan melampau di kemaluannya.

Terkejut dengan pengakuan itu, jiran terbabit memujuknya membenarkan dia melihat kemaluan mangsa untuk dirawat.

Selepas diperiksa, jiran berkenaan sekali lagi terkejut apabila melihat ada kesan luka teruk di kemaluan mangsa.

Mengesyaki ia disebabkan perbuatan terkutuk datuk mangsa, jiran berkenaan memaklumkan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Selepas berbincang, JKKK membuat laporan di Balai Polis Langkap pada 28 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang, berkata bertindak atas laporan itu, seorang warga emas berusia 66 tahun yang juga datuk mangsa ditahan untuk siasatan, diikuti penahanan dua lagi lelaki masing-masing berusia 42 dan 29 tahun.

“Seorang lagi suspek berusia 40-an masih diburu polis selepas dipercayai menghilangkan diri apabila mengetahui penahanan tiga suspek terbabit.

“Siasatan juga mendapati suspek berusia 29 tahun itu anak angkat kepada datuk mangsa. Mangsa menjadi habuan keempat-empat suspek selama tiga minggu sebelum terbongkar 28 Mei lalu.

“Ketiga-tiga suspek kini direman untuk membantu siasatan. Dua daripada suspek yang ditahan juga dipercayai penagih dadah,” katanya.

Menurut Goh, mangsa dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk pemeriksaan dan laporan hospital menunjukkan terdapat kesan koyak di kemaluan mangsa dipercayai akibat dirogol.

Katanya, polis juga akan mendapatkan bantuan khas iaitu daripada Unit Perlindungan Kanak-kanak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mempunyai kepakaran dalam mengumpul keterangan daripada mangsa bawah umur.

Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan pesalah boleh dipenjara tidak kurang enam tahun dan tidak lebih 20 tahun serta sebatan.

-hmetro

This entry was posted in Berita Tergempar, Gelagat Manusia and tagged , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

28 Responses to ‘DATUK SETAN’ perkosa cucu

  1. aidilx says:

    babi punya datuk!
    neraka jahanamlah tempatnya nanti

  2. keyra says:

    gua cm knal je owg nie…

  3. neng says:

    teruk bangat….

  4. aini says:

    memang betul2 setan lah!binaang pun x macam2.

  5. KHALIFAH says:

    ishhhhhhhh apa nk jadi lah

    moga dijauhi dari malapetaka mcm ni keluarga kita semua. amin3x

  6. azlin says:

    eish…cian tul arh budak tu………..

    x psal2 kne rogol………

    setan tol arh datuk tu,mmg sesuai pun d"pnggil binatang…..

  7. secrt.......... says:

    cian tul arh budak tu kn…

  8. ntahla.. says:

    ape pnye atuk ni…krg ajar tul…tu la kalau ikutkan nafsu setan….kesian cucu dia tu….

  9. mia sepia says:

    setan2 tu kene jel 6 tahun je maksimum??????? sikit sangat tu…..

  10. species1980 says:

    Masalah sosial kian menjadi-jadi pada masa kini….

  11. saleh says:

    ape yg kita buat… cukupkan dengan sumpah-seranah? apakah sumbangan kita untuk menyekatnya?

  12. shikin says:

    rejam dulu baru masukkan dalam penjara..
    x pun bagi makan sikit2 kaki dia kat buaya lapar..bila dah nak baik kasi lagi buaya gigit…

  13. species1980 says:

    whoaaa…. comment yang sungguh daring….

  14. qishly38 says:

    babi anjing punya datuk, org cam ni baik xyah hidup..klu dh gian sgat..pegi je cari pelacur kat chow kit tu..belambak……budak kecik pun nk kah…apa punya binatang ni., bkn manausia tull….moga2 mati cept….

  15. ahmadtoyyib says:

    Patut direjam sampai mati.Baharu sedar

  16. truth says:

    apsal hukumanya cuma 6 tahun penjara???!!!hukumanyan berat harus dikenakan iatu penjara seumur hidup!!dan apabila orang ini dibebaskan ia mula menyambungkan perbuatanya yang terkutuk pada orang lain jg..

  17. Aimi Azrun says:

    orang tidak berperikemanusiaan…datuk jenis apalah nih…memang betul-betul tempah tiket pergi ke neraka…kejam betul … haiwan pun sayang kat dia punya darah daging…Kenapa 6 tahun je penjara ? Kenapa tak sebat je terus binatang nih ? Saya harap hukuman patut diambil dengan lebih serius lagi..

  18. the sun says:

    bler punyer datuk……

  19. Eena Arrina says:

    bodlaah..aku tak puas hati lah.huh.rogol tu 20 tahun je penjara. cukup ke nilai 20 tu?huh.tolong lah pikir.baik seksa dunia dari akhirat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge