
JOHOR BAHRU – Makan di restoran, tetapi bayar ikut harga warung.
Itulah keistimewaan Restoran Mesra Pak Ali di Jalan Kebudayaan 1A, Taman Universiti, Skudai di sini yang menawarkan harga berpatutan bagi hidangan nasi campur dan pelbagai jenis minuman.
Pemiliknya, Ali Mohamed, 45, berkata, sebelum membuka restoran enam tahun lalu, dia terlebih dahulu berniaga di warung iaitu selama 10 tahun.
Menurut beliau, semasa membuka restoran tersebut, makanan yang dijual masih mengekalkan harga di warung.
Bagi nasi campur dengan lauk ayam atau daging tambah sayur, harganya RM3.50 sepinggan manakala harga ikan pula bergantung kepada jenis ikan yang diambil.
“Sekiranya, pelanggan memesan minuman dengan hidangan tersebut, kami akan memotong harga minuman sebanyak 20 sen,” katanya ketika ditemui semalam.
Menurut Ali atau lebih dikenali dengan Pak Ali, harga minuman di restorannya juga murah berbanding restoran lain iaitu air teh ‘O’ ais dan sirap ais cuma dijual pada harga 70 sen.
Jelasnya, sebelum kenaikan harga minyak, harga makanan di restorannya lebih murah sebanyak 50 sen.
mahal la bai..
aku dulu study kat situ……..
cekik darah punyer harga.makan lak sama jer
La ye ke… ini boleh jadi kes siasatan nie….
aku pun pernah gak makan kat situ,tak lah murah sangat ..biasa2 jee….mak aku tak suka sebab dia kata kedai pak ali ni tak de lauk ala kampung..kata mak aku lg tekak student boleh lah,tekak org tua tak jalan..
kedai makan biasa-biasa je kan….
salam semua… bukan senang nak puaskan hati semua orang…
my feveret nih!!!!!!!!
kalau gitu citer la pengalaman….nak dengar gak…