LONDON: Seorang gadis semalam dikejarkan ke hospital selepas payu daranya digigit kelawar.
Darryl Soutar, 20, berkata, kejadian berlaku ketika dia berbual dengan beberapa rakannya berhampiran sebatang pokok.
Dia percaya kelawar itu menghinggap di pokok berkenaan.
“Pada mulanya saya tidak menyedari ‘benda’ yang menggigit payu dara kanan saya. Apabila terasa sakit, saya menangkap ‘benda’ itu lalu melontarnya ke tanah,” kata Darryl.
Dia kemudian dihantar oleh rakannya ke hospital untuk menerima suntikan vaksin antijangkitan. – Agensi
-hmetro