LONDON – Barangan perhiasan mewah milik pewaris perkapalan Greece, Aristotle Onassis, Chritina dilelong pada harga 6.8 juta pound (RM43.3 juta), kata penganjur lelongan Christie kelmarin.
Tumpuan utama lelongan 44 barangan kemas itu adalah berlian 38 karat berbentuk pear yang dipakai oleh Cristina di loket di lehernya di mana ia dijual 3.625 juta pound (RM23.12 juta).
Christina yang dilahirkan di New York pernah berkahwin dan bercerai sebanyak empat kali serta mengambil alih empayar perniagaan bapanya selepas kematiannya. Bapanya itu pernah berkahwin dengan janda bekas Presiden Amerika Syarikat John F. Kennedy, Jacqueline. – AFP
-kosmo