Theron bidas SELEBRITI murahan


du 10.1 Theron bidas SELEBRITI murahan


LOS ANGELES – Aktres terkenal, Charlize Theron (gambar) mengkritik beberapa selebriti yang sering mencari publisiti media dengan menggelarkan mereka sebagai satu perbuatan buruk, lapor sebuah akhbar semalam.

Aktres yang pernah memenangi anugerah Oscar itu meluat dengan ketaksuban beberapa bintang yang berbuat demikian seperti selebriti Kim Kardashian dan Paris Hilton.

Paris terkenal menerusi program realiti televisyen The Simple Lifemanakala Kardashian pernah berbogel untuk majalah Playboy selain menjadi personaliti televisyen.

Theron turut mengakui berada dukacita apabila melihat sekumpulan orang berusaha untuk menjadi buruan paparazzi.

Dia memberitahu majalah GQ: “Saya mendengar orang membuat beberapa komen seperti anda tidak perlu mengejar untuk berada di dada akhbar tetapi anda perlu untuk karier anda.”

Pelakon filem Hancock itu turut membidas beberapa bintang yang gemar mensensasikan kehidupan peribadi mereka untuk tatapan umum di majalah. – Agensi

-kosmo

This entry was posted in Karenah Selebriti and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge