NASI AYAM Kak Sah RM1.90


 

Nasi ayam Kak Sah RM1.90

ne 03.1 NASI AYAM Kak Sah RM1.90
KAK SAH di depan kedainya di Besut yang masih menjual nasi ayam RM1.90 sepinggan semalam.

 


 
BESUT – Masih kekal pada harga RM1.90 sepinggan.

Jika peniaga lain ‘berebut’ menaikkan harga barangan, Miss Nabsa Deraman, 37, pula tetap menjual nasi ayamnya pada harga yang sama sejak lima tahun lalu.

Menurut peniaga yang dikenali dengan panggilan Kak Sah, beliau tidak terfikir menaikkan harga sepinggan nasi ayamnya kerana masih lagi meraih keuntungan walaupun masih murah.

“Memanglah keuntungan saya merosot ekoran kenaikan harga barangan, tetapi saya tetap percaya dengan menjualnya pada harga yang murah, saya akan dapat lebih ramai pelanggan,” ujarnya mengakui masih mengekalkan kuantiti nasi ayam yang dijual.

Ini kerana katanya, kedainya di Kampung Gong Kemuntong, dekat sini, yang beroperasi dari 10 pagi hingga 10 malam sudah dikenali dengan identiti ‘nasi ayam RM1.90′ di kalangan orang ramai.

“Kalau dulu, saya boleh mendapat pendapatan sehingga RM1,000 sehari, tetapi sekarang dapat lebih kurang RM500 sehari sahaja. Tapi tidak mengapa kerana tetap untung,” katanya yang menggunakan di antara 70 hingga 80 ekor ayam sehari.

Jelasnya, harga barang mentah yang naik mendadak ialah beras seberat 24 kilogram yang dulunya berharga RM46 kini naik kepada RM93, sementara tomato yang sebelumnya berharga RM20 kini naik kepada RM37 untuk 10 kilogram.

Tambahnya, harga harga ayam juga meningkat daripada RM5.40 kepada RM5.70 sekilogram.

 




This entry was posted in Berita Tergempar and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to NASI AYAM Kak Sah RM1.90

  1. Calvyn says:

    this really cheap, few month back I have a friend also bring me to a 50cent nasi ayam, but end up not 50cent already is RM2, still cheap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge