Elak kandi kesihatan perangsang SEKS

KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihati supaya tidak menggunakan kandi kesihatan dikenali sebagai “Mentalk Candy” kerana ia didapati mengandungi aminotadalafil, sejenis ubat bagi mengatasi masalah lemah tenaga batin.

Bahagian Perkhidmatan Farmaseutikal, Kementerian Kesihatan semalam memberi amaran bahawa penggunaan kandi itu secara berlebihan boleh mengakibatkan sakit jantung, depresi dan kehilangan deria penglihatan.

Dalam kenyataannya, bahagian itu berkata, walaupun Tadalafil disahkan selamat bagi merawat masalah lemah tenaga batin, profil keselamatan analognya belum pernah diuji.

“Mentalk Candy, yang dipercayai digunakan bagi tujuan itu (mengatasi masalah lemah tenaga batin), boleh membawa bahaya jika digunakan disebabkan oleh kesan sampingan farmakologi analog berkenaan terhadap tubuh manusia,” katanya. – Bernama

This entry was posted in Berita Tergempar and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge