![]() |
|
GHOSH
|
MUMBAI – Semakin ramai aktres terkenal Bollywood berani untuk mendedahkan tubuh mereka di layar perak, lapor sebuah akhbar semalam.
Kebanyakan aktres jelita tersebut membuat perubahan imej yang drastik untuk mengalihkan perhatian media atau peminat kepada mereka.
Aktres terkenal, Kareena Kapoor sanggup mengurangkan berat badannya dan memakai bikini dalam filem Tashan dan seorang lagi aktres jelita, Soha Ali Khan pula dikritik selepas tampil dengan pakaian menjolok mata dalam sebuah majalah.
Selepas beberapa tahun melakonkan watak wanita baik, aktres popular, Amisha Patel mengejutkan ramai pihak selepas tampil dengan aksi seksi dalam filem Thoda Pyar Thoda Magic.
Dua aktres baru, Sangeeta Ghosh dan Shweta Salve juga sanggup mengenepikan imej gadis baik dan muncul dengan aksi ‘panas’ serta seksi dalam filem pertama mereka, Bhanvra.
“Saya melakonkan aksi ‘panas’ kerana skrip memerlukan saya melakukan perkara itu,” kata Ghosh.
Beberapa aktres terkenal seperti, Amrita Rao, Priyanka Chopra, Rani Mukerji dan Aishwarya Rai juga pernah melakonkan watak sedemikian.
– Agensi
-kosmo

sedih tengok fenomena bollywood skrg nih..
rindu zaman kajol, rani, madhuri dlu2..
skang ni sume nak expose sane sni..
isk2
tapi still suke kareena!hehe