Imbruglia bercinta dengan bekas banduan?
![]() |
|
|
LOS ANGELES – Penyanyi terkenal, Natalie Imbruglia(gambar) dilaporkan mengadakan janji temu dengan seorang pengusaha kelab malam, Chris Paciello selepas diperkenalkan oleh teman rapatnya iaitu artis terkenal, Madonna, lapor sebuah akhbar semalam.
Imbruglia pernah bertemu dengan Chris yang merupakan pemilik kelab Miami South Beach itu pada tahun 1990-an.
Chris pernah berhadapan dengan beberapa tuduhan jenayah di mana dia dipenjarakan selama tujuh tahun pada 2000 selepas didapati bersalah terhadap tuduhan membunuh dan merompak di Stesen Island, New York pada tahun 1993.
Madonna yang dikenali sebagai Madge itu menyatukan kembali pasangan itu selepas Natalie bercerai setelah empat tahun berkahwin pada Januari lalu.
Imbruglia yang terkenal dengan lagu Torn dan berumur 33 tahun itu mengakui bahawa mereka pernah keluar makan bersama namun menafikan perhubungan mereka serius.
“Kami keluar bersama ketika saya di Los Angeles. Dia kacak dan kelakar tetapi saya tidak mahu memberitahu lebih daripada itu,” katanya. – Agensi
-kosmo








kalau kena culik dengan baru dia tahu…………
hehehee…. kalau hati dah suka….