Danielle parah dibelasah

 Danielle parah dibelasah

LONDON: Teman wanita pemain bola sepak Tottenham Hospurs, Danielle Lloyd teruk dibelasah di sebuah kelab malam di London, semalam.

Danielle, teman wanita pemain tengah Spurs, Jamie O’Hara dilapor bergaduh dengan dua wanita di dalam kelab malam itu.

Akibat pergaduhan itu, Danielle terpaksa menjalani pembedahan plastik.

Model itu yang berlumuran darah dilihat menjerit dan menangis kesakitan di kaki lima luar kelab malam sebelum ambulans tiba untuk membawanya ke hospital.

Danielle sebelum ini pernah menjadi teman wanita bekas bintang bola sepak England, Teddy Sheringham, penyerang Spurs, Jermain Defoe dan penyerang Birmingham, Marcus Bent kini dilapor semakin pulih.

Polis menahan dua wanita dalam lingkungan usia 20-an kerana menyerang Danielle yang datang ke kelab itu bersama Jamie, 22, pemain yang menerima gaji RM50,000 seminggu.

Pasangan kekasih itu menghadiri satu majlis perkahwinan sebelum mengunjungi Kelab Crystal di West End, London kira-kira jam 11 malam.

Pakaian Jamie turut terpalit darah Danielle yang didakwa turut dihumban ke atas meja kaca dalam pergaduhan yang berlaku kira-kira jam 2 pagi itu.

Saksi mendakwa, pergaduhan dimulakan dua wanita yang menari di belakang tempat duduk VIP.

“Saya pasti seorang daripada wanita itu menyepak Danielle. Mungkin juga dia tidak sengaja tapi Danielle bangun dan menyerang mereka.

“Saya melihat Danielle bergelut dengan seorang daripada mereka dan kedua-duanya bertumbuk dan juga tampar-menampar.

“Danielle kemudian terhumban jatuh dari sofa dan jatuh ke atas meja kaca itu.

“Kaki Danielle luka teruk manakala Jamie dan seorang lelaki lain pula ditahan pengawal kelab yang kemudian membawa Jamie keluar,” kata saksi itu.

Ketika terbaring di kaki lima, Danielle kedengaran mengerang: “Kaki saya. Kaki saya.”

Luka di bahagian belakang tubuh Danielle turut terpaksa dijahit manakala pembedahan kosmetik terpaksa dilakukan terhadap otot kakinya. – Agensi

-hmetro

This entry was posted in Karenah Selebriti and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge