ROUEN (Perancis): Seorang banduan dituduh memakan organ rakan sepenjaranya selepas membunuh mangsa, kata pendakwa semalam.
Digelar banduan kanibal, Barmy Nicolas Cocaign, 37, dikatakan membelah dada mangsa untuk mendapatkan sebelah paru-parunya.
Ia kemudian dimasak bersama bawang, minyak zaitun, garam dan lada.
Kejadian berlaku di penjara di Rouen, tempat Cocaign ditahan kerana disabitkan kesalahan merogol.
Dia kini dipindahkan ke unit psikiatrik dan akan didakwa di mahkamah atas tuduhan membunuh dan bertindak tidak bertamadun.
Jika disabitkan kesalahan, Cocaign mungkin dipenjara seumur hidup. – Agensi
-hmetro