Murid TUJUH TAHUN diROGOL di sekolah

KUALA TERENGGANU: Rahsia tukang kebun merogol seorang murid perempuan berusia tujuh tahun pada sambutan Hari Guru 19 Mei lalu di sebuah sekolah di Permaisuri, Setiu, terbongkar apabila mangsa menceritakan peristiwa hitam itu kepada gurunya, kelmarin.

Dalam kejadian pada jam 10 pagi itu, mangsa dikatakan keluar daripada majlis sambutan Hari Guru di dewan sekolah seorang diri untuk ke tandas, sebelum dia ditarik oleh suspek ke dalam stor.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner, Mohd Fauzi Abduri, berkata suspek kemudian bertindak membuka baju dan merebahkan mangsa ke lantai sebelum merogolnya.

Beliau berkata, selepas selesai melakukan kerja terkutuk itu, suspek turut mengugut supaya mangsa tidak menceritakan kejadian itu kepada sesiapa.

Katanya, mangsa yang takut dengan amaran suspek itu bertindak mendiamkan diri dan tidak menceritakan kejadian itu kepada guru atau keluarganya.

Mohd Fauzi berkata, selepas tertekan dan trauma dengan kejadian itu, mangsa yang sering ketakutan dan bimbang kejadian itu berulang lagi, kemudian menceritakan kejadian dia dirogol oleh tukang kebun kepada seorang guru di sekolahnya.

Katanya, guru berkenaan kemudian bergegas ke rumah mangsa dan menceritakan kejadian menimpa kanak-kanak terbabit kepada keluarganya..

“Bapa mangsa berusia 40 tahun kemudian membuat laporan di Balai Polis Permaisuri kira-kira jam 2.30 petang kelmarin. Mangsa kemudiannya dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk pemeriksaan lanjut dan polis masih menunggu keputusan daripada hospital,” katanya.

Mohd Fauzi berkata, polis menahan suspek berusia 33, yang berasal dari Kampung Bari Kecil, Setiu, di tempat kerjanya pada jam 6 petang, kelmarin dan kini direman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah bagi membantu siasatan.

-bharian

This entry was posted in Berita Tergempar and tagged , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

10 Responses to Murid TUJUH TAHUN diROGOL di sekolah

  1. mygos says:

    BUDAK KECIK PUN JADI… apa la…. pelacur bersepah kat malaysia ni… apa yang susah sangat!!!!

  2. zai says:

    nsib baik budk tu wat tindakn yg bijak..
    klu x,msti br ulang lg..huhu

  3. species1980 says:

    itulah yang sepatutnya…..mesti terus report…

  4. Eriyza says:

    Hampeh betul laa.
    Patut sula jer perogol tuh.

  5. gurl says:

    hukuman setimpal = potong anu die…!!!!!

  6. mysarra says:

    sokong!!! setakat kene penjara 2-3 tahun.,bek tak yah…nanti dier buat lagi..

  7. UMAI says:

    tukan kebun sekolah tak cukup ilmu dan mner dia sek tinggi.. JADI NYA BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge