Carla Bruni
ROME: Kita sudah melihat semuanya (dan lebih lagi) sebelumnya. Namun gambar ghairah Carla Bruni dijangka mendapat tawaran harga tinggi apabila ia dilelongkan di Berlin minggu depan.
Hanya 10 salinan bernombor imej Wanita Pertama Perancis itu diambil jurugambar Amerika Syarikat Pamela Hanson dan kali ini ia dijual dengan harga permulaan sekitar £3,000 (RM16,791.91).
Gambar itu diambil pada 1994, ketika kemuncak kemasyhuran Bruni sebagai model pada usia 26 tahun dan berkasih dengan legenda rock Mick Jagger.
Gambar 4.87 meter kali 7.32 meter itu menunjukkan imej dengan payu dara terdedah isteri presiden Perancis berusia 41 tahun dan bertajuk Carla Bruni In Bed.
Walaupun melanggar tatasusila, gambar itu kurang menonjol berbanding gambar bogel penuh yang meraih harga £60,000 (RM336,412.60) setahun lalu.
Satu lakaran Bruni turut dijual di Paris bulan depan sebagai sebahagian pameran gadis terkenal digelar Pin-Up.
Presiden Nicolas Sarkozy dikatakan tidak akan menjadikan isu imej mengghairahkan isterinya yang dipertontonkan kepada umum.
Satu sumber di Istana Elysee memberitahu laman web berita Perancis, Le Post: “Belia menjelaskan tidak mempunyai masalah dengan perkara ini kerana beliau tahu hanya imej isterinya yang sebenar lebih menarik.
“Sesetengahnya mungkin bogel, namun beliau adalah wanita jelita yang pernah menjadi model dan terdedah dengan gambar yang dianggap mempunyai nilai artistik.”
Gambar itu akan dijual di Lelongan Villa Grisebach di Berlin 4 Jun ini sebagai
sebahagian jualan Gambar Kontemporari dan Moden. -Agensi
-bharian
hmmm… layannns
tengkiu sebab singgah….
mane gmbr yg terdedah tu??..hehe
laju je ek?
saper yang suka barang koleksi sure layan punyerr
itu kena tanya kat UNCLE G laa…..