800 ekor ayam mati terkejut letupan mercun

BEIJING: Pemilik kedai motosikal yang merasmikan pembukaan perniagaannya diarah membayar ganti rugi 16,000 yuan (RM8,231) kepada seorang penternak ayam selepas ternakannya mati akibat terkejut mendengar letupan mercun.

Qi mendakwa 800 ekor ayamnya ketakutan selepas mendengar bunyi mercun dan mati akibat terkejut.

Ladangnya di Shangcai di wilayah Henan terletak cuma 30 meter daripada kedai motosikal itu.

Marah dengan kejadian itu, Qi membawa kes itu ke mahkamah dan hakim mengarah pemilik kedai motosikal itu membayar ganti rugi. – Agensi

-bharian

This entry was posted in Ragam Dunia and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge