
TOKYO – Sebiji tembikai gergasi di Jepun berjaya memecah rekod apabila dilelong pada harga AS$6,100 (RM19,861) semalam sekali gus menjadi tembikai paling mahal di negara berkenaan atau mungkin di dunia.
Tembikai Densuke seberat lapan kilogram itu hanya ditanam di kepulauan Hikkaido serta ia merupakan yang pertama daripada 65 buah-buahan itu yang dijual pada musim ini.
Agensi berita Kyodo melaporkan buah berkenaan dibeli oleh seorang pengedar produk laut yang menyatakan dia mahu membantu industri pertanian tempatan.
“Ini merupakan harga tertinggi untuk sebiji tembikai Densuke dan ia mungkin adalah tembikai paling mahal dalam sejarah Jepun,” kata jurucakap Syarikat kerjasama Pertanian Hokkaido, Kazuyoshi Ohira.
Menurutnya, para peladang menjangkakan dapat menghasilkan sejumlah 9,000 tembikai jenis itu pada tahun ini. – AP
-kosmo
mesti tembikai tu kene celup dengan dakwat
hehehe….kalau nak jadikan tembikai tu warna biru…. rendam dalam nila….