KUALA LUMPUR – Maxis Communications Bhd. (Maxis) meningkatkan aplikasi khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan perkhidmatan Message Plus yang menggunakan perisian anti-spam pertama di dunia.
Perkhidmatan itu memberi peluang kepada pelanggan mengelak menerima ‘SMS sampah’ dari pihak tertentu dan daripada nombor yang tidak diingini.
Ketua Bahagian Perniagaan dan Produk Maxis, Nikolai Dobberstein berkata, ia boleh dinikmati oleh setiap pelanggan pasca bayar dan prabayar dengan bayaran RM1 sebulan.
“Mereka boleh menyenaraihitamkan sehingga 100 nombor yang tidak dikehendaki melalui beberapa langkah mudah,” ujarnya ketika ditemui selepas melancarkan produk itu di sini semalam.
-arkibkosmo