
LONDON – Perbelanjaan majlis perkahwinan antara bintang bola sepak Manchester United (MU), Wayne Rooney (gambar) dengan hos televisyen, Coleen McLoughlin dijangka mencecah £5 juta (RM32 juta), lapor sebuah akhbar semalam.
Kos itu turut termasuk £1 juta (RM6.41 juta) untuk sambutan sebelum perkahwinan, £400,000 (RM2.56 juta) untuk tempahan kumpulan penyanyi Westlife dan £200,000 (RM1.28 juta) untuk pakaiannya.
Setakat ini, Coleen sudah membelanjakan sebanyak £85,000 (RM545,592) untuk tempahan baju di New York.
Majlis perkahwinan utama itu akan diadakan pada 14 Jun ini di Villa Durazzo, Itali.
Rooney juga akan membawa 25 rakannya ke Ibiza dengan menaiki jet persendirian pada Khamis ini untuk berparti selama empat hari.
![]() |
|
Coleen McLoughlin
|
Dia yang berumur 22 tahun itu menyewa sebuah vila mewah untuk parti tersebut dan antara undangannya ialah bintang MU seperti Rio Ferdinand, John O’Shea, pemain Liverpool, Steven Gerrard serta Peter Crouch.
“Rooney memperuntukan £10,000 (RM64,187) untuk setiap orang. Dia tidak mahu rakan-rakannya mengeluarkan satu sen pun,” kata satu sumber.
Rooney memperoleh pendapatan £115,000 (RM738,154) seminggu dan £10 juta (RM64.18 juta) dalam bentuk penajaan. – Agensi
-kosmo
