![]() |
|
SHERAWAT
|
MUMBAI – Penggambaran sebuah filem terbaru lakonan aktres Bollywood, Mallika Sherawat tergendala selepas beribu-ribu peminat membanjiri set penggambaran untuk melihat pelakon popular berkenaan dengan lebih dekat, lapor sebuah akhbar semalam.
Keadaan tersebut menyebabkan penerbit filem, Ratan Jain terpaksa mengupah seramai 100 pengawal keselamatan untuk memastikan para peminat itu tidak mengganggu Sherawat.
“Situasi menjadi agak tidak terkawal dan saya terpaksa mengupah seramai 100 pengawal keselamatan,” kata Jain yang menerbitkan filem berjudul Maan Gaye Mughal-E-Azam.
“Sherawat adalah pelakon utama filem saya dan menjadi tugas saya untuk memastikan dia berada dalam keadaan yang selamat,” ujarnya.
Seorang krew penggambaran berkata, Jean merayu kepada para peminat supaya menjauhi set penggambaran dan tidak menyentuh Sherawat tetapi tidak diendahkan.
“Penggambaran filem ini terhenti selepas para peminat terus mengerumuni Sherawat dan tidak kira apa yang kami lakukan mereka tetap cuba menghampiri aktres itu,” katanya. – Agensi
-kosmo
