Rai bakal jadi pekerja seks


du 03.1 Rai bakal jadi pekerja seks

RAI



MUMBAI – Aktres terkenal Bollywood, Aishwarya Rai bakal berlakon di samping aktres terkenal Hollywood, Meryl Streep lewat tahun ini, lapor sebuah akhbar semalam.

Bekas ratu cantik itu akan memegang peranan sebagai seorang pekerja seks dalam filem yang dihasilkan berdasarkan versi asal pengarah Perancis, Colin Serreau yang berjudul Chaos.

Menurut satu sumber, kedua-dua pelakon utama filem tersebut iaitu, Meryl dan Rai mahu suasana filem itu bercirikan Amerika Syarikat (AS) dan bukannya Perancis. Rai turut dilaporkan terlibat dalam satu lagi projek luar negara di mana dia akan berlakon bersama aktor, Brendan Fraser dalam sebuah filem.

“Saya sudah meminta draf skrip terakhir. Faktor masa kini menjadi penting. Tarikh baru (penggambaran) perlu difikirkan semula,” katanya.

Sementara itu, aktres itu sudah bersedia untuk berlakon dalam filem arahan Shankar, Robot dan dia juga bakal berlakon dengan suaminya, Abhishek Bachchan dalam filem arahan Mani Ratnam. – Agensi

-arkibkosmo

This entry was posted in Karenah Selebriti and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Rai bakal jadi pekerja seks

  1. Melayu Boleh says:

    Mantap la dia ni..
    mata yg menawan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge