Kumpulan Boyzone bogel
LONDON – Anggota-anggota kumpulan Boyzone berbogel di hadapan ribuan peminat mereka ketika mengadakan konsert di Belfast berikutan gembira kerana berjaya memberikan persembahan bertenaga, lapor sebuah akhbar semalam.
Anggota-anggota kumpulan dari Ireland itu yang telah berpisah tujuh tahun lalu terpaksa mengamalkan diet yang ketat dan senaman untuk memiliki tubuh badan menarik.
Mereka yang terkenal dengan lagu The Way You Make Me Feel itu mengambil langkah tersebut ekoran dikatakan terlalu gemuk. – Agensi
-kosmo
May 21st, 2009 in
Karenah Selebriti | tags: album boyzone, artis bogel, boyband, boyzone, konsert boyzone, lagu boyzone, penyanyi boyzone






