Wanita berusia 103 tahun guna TWITTER
LONDON: Ivy Bean, 103, menjadi wanita tertua di Britain menggunakan laman web Twitter selepas bosan dengan Facebook.
Ivy yang tinggal di sebuah pusat jagaan orang tua di Bradford sudah mempunyai 4,800 ‘sahabat’ di Facebook tetapi kini memilih Twitter yang dikatakannya lebih menceriakannya, lapor The Sun.
Minat Ivy itu mempengaruhi orang lain di pusat jagaan berkenaan, kata pengurus Pat Wright.
“Semua penghuni di sini mencontohinya. Empat orang menyertai kursus komputer. Orang lain memilih Facebook, atau bersukan.” – Agensi
-kosmo
May 20th, 2009 in
Gelagat Manusia | tags: facebook, kemahiran komputer, rumah orang tua, rumah orang tuaa, twitter, warga emas, warrga tua






