Berumah dalam TANDAS

rumah tandas Berumah dalam TANDAS

 

 

 

WANITA ini tidak menyedari gambarnya diambil semasa nyenyak tidur dalam tandas OKU di Terminal Bas Cyberjaya semalam.

 

 


 

CYBERJAYA – Tanda tanya punca tandas untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di sebuah terminal bas di sini yang seringkali berkunci akhirnya terjawab semalam.

Rupa-rupanya ia sudah dijadikan kediaman percuma oleh beberapa orang warga asing.

Di dalamnya bukan lagi tandas semata-mata, tetapi juga kelihatan dapur gas, tilam dan hiasan lain.

Berdasarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterima, wartawan Kosmo! menjalankan siasatan dan mendapati dua wanita warga asing sedang tidur di dalam tandas berkenaan.

SMS itu dihantar seorang pembaca selepas menyedari kelibat warga asing yang dipercayai tukang cuci sering keluar masuk di tandas berkenaan.

Keadaan dalamannya yang bertukar menjadi ‘rumah’ menyebabkan warga OKU kempunan untuk menggunakan kemudahan tersebut yang dikhaskan untuk mereka.

Seorang pelajar universiti, Munirah Arriff berkata, tindakan warga asing itu tidak sepatutnya dibiarkan.

“Ia sesuatu yang menyedihkan dan pihak berkuasa sepatutnya menyiasat dan memastikan kemudahan awam tidak disalahguna,” ujarnya.

Seorang lagi pelajar, Kenny Yeoh Jumin pula menyifatkan kejadian itu mencacatkan imej Cyberjaya sebagai antara ikon kemajuan negara.

-kosmo




This entry was posted in Gelagat Manusia and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

3 Responses to Berumah dalam TANDAS

  1. Hidet says:

    Salam.

    Idea yg hebat ni. inilah dikatakan think out of the box.

    ps : saya tak dapat komen kat kisahremaja.com..
    sebab apa ye?

    Regards

    • species1980 says:

      hehhee….ye ke…tapi masalahnya bukan rakyat tempatan….warga asing….PBT kena amik perhatian

      - bro : komen dah approve…ok jee…biasalaa… \\" waiting for moderation \\"

  2. zaharah says:

    apa nak jadi dengan negara kita nie

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge