Artis Bollywood dituduh berpesta seks dengan askar

SYDNEY – Seorang pelakon Bollywood warga Australia mencetuskan kontroversi apabila dia didedahkan menjalinkan hubungan seks selepas mengadakan konsert khas untuk askar negara itu di Afghanistan.

tania Artis Bollywood dituduh berpesta seks dengan askar

Akhbar Daily Telegraph mendakwa aksi panas Tania Zaetta itu menjadi agenda yang terkandung dalam nota makluman untuk Menteri Pertahanan, Joel Fitzgibbon.

Zaetta bagaimanapun menafikan pembabitannya dan menyifatkan laporan itu sebagai mengarut serta menyedihkan.

“Tidak benar langsung,” katanya kepada rangkaian televisyen Channel Nine semalam.

Pelakon itu mahu Jabatan Pertahanan meminta maaf kerana skandal itu dikhuatiri boleh menyebabkan karier lakonannya di Bollywood akan terjejas.

“Di dalam industri perfileman Bollywood… perkara seperti itu tidak akan diambil secara mudah oleh semua pihak,” katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd menyatakan beliau akan menyiasat perkara itu.

Katanya, jalan terbaik adalah dengan menyerahkan isu tersebut kepada Jabatan Pertahanan bagi menyelesaikan masalah itu.

“Seperti yang difahamkan, isu tersebut masih dalam siasatan oleh bahagian pertahanan dan saya akan menyerahkannya untuk siasatan lanjut bagi mencari jalan penyelesaian,” katanya.

Selain pernah membintangi siri televisyen Baywatch pada 1999, Zaetta turut berlakon dalam beberapa filem Bollywood seperti Bunty Aur Babli. – Agensi

-kosmo

This entry was posted in Karenah Selebriti and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge