MENIPU dengan cari penyewa rumah

ne 07.1 MENIPU dengan cari penyewa rumah

TASYA menunjukkan iklan sewa rumah di Taman Melati yang menyebabkan dia ditipu baru-baru ini.


KUALA LUMPUR – Jika anda bercadang untuk mencari rumah sewa di ibu negara, berhati-hatilah kerana anda mungkin akan menjadi mangsa penipuan individu yang mendakwa memiliki rumah untuk ditawarkan.

Modus operandinya mudah iaitu dengan menampalkan nombor telefon mencari penyewa rumah di mana-mana lokasi dan menunggu pemanggilnya.

Rahsia itu terbongkar pada 27 April lalu apabila sebuah rumah flat di Taman Melati di sini menjadi rebutan beberapa individu yang mendakwa telah membayar deposit untuk memasuki rumah tersebut.

Seorang mangsa yang mahu dikenali sebagai Tasya, 24, berkata, dia yang mahu berpindah masuk pada sebelah malam, 27 April lalu terkejut apabila mendapati rumah itu telah didiami orang lain.

“Saya telah membayar lebih RM1,000 selepas menghubungi seorang lelaki yang meletakkan iklan mahu menyewa rumah di sebuah pondok telefon awam di kawasan itu,” katanya.

-arkibkosmo

This entry was posted in Gelagat Manusia and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to MENIPU dengan cari penyewa rumah

  1. manja says:

    ha lean kali berhati2 la,pasal duit sanggup buat ape sj & jgn jd mangsa mcm tasya!!!.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge