![]() |
|
|
LOS ANGELES – Aktres Hollywood, Cameron Diaz (gambar) mendedahkan bahawa dia gemar mengadakan hubungan kelamin kerana ia merupakan sesuatu yang indah, lapor sebuah akhbar semalam.
Pelakon filem What Happens in Vegas tersebut memberitahu majalah InSytle bahawa orang lain tidak perlu berasa terkejut kerana dia tidak berpura-pura.
“Saya seorang wanita. Sudah tentu saya keluar dengan seorang lelaki.
“Adakah ia sesuatu yang mengejutkan? Saya cintakan lelaki dan seks adalah yang terbaik! Saya sangat gembira melakukannya (seks),” katanya.
Artis itu sebelum ini pernah menjalinkan hubungan dengan artis lelaki terkenal, Justin Timberlake bagaimanapun, pasangan selebriti berkenaan berpisah pada penghujung 2006.
Bintang filem The Holiday itu turut mengaku bahwa dia rela membujang daripada memilih untuk hidup bersama pilihan yang salah.
“Ramai yang beranggapan sekiranya anda membujang, anda tidak sempurna.
“Sebenarnya tidak. Saya tidak mahu menjalinkan satu perhubungan yang boleh membuatkan saya tidak sempurna,” katanya. – Agensi
-kosmo

she is so open minded
she just tell what in her mind….
huk3. tu fantasi seks ke? klu kes ning baizura tu. baru betul fantasi
maybe lebih kepada keinginan yang membuak2x….