MAKSIAT buku telefon tetap aktif

KUALA LUMPUR – Meskipun Kosmo! telah mendedahkan aktiviti maksiat yang ‘bersembunyi’ di sebalik iklan dalam buku panduan telefon, kegiatan tidak bermoral itu dilihat masih diteruskan semalam.

Wartawan Kosmo! Ahad yang menyamar sebagai pelanggan ditawarkan khidmat seks dan urut secara terbuka oleh beberapa individu yang dihubungi melalui talian telefon yang dipaparkan dalam iklan tersebut.

“Kalau awak mahu mendapatkan perkhidmatan kami kena cari hotel dahulu, kemudian baru boleh buat pesanan escort girl.

“Kami tidak akan menghantar perempuan selagi awak tak buat tempahan,” kata seorang lelaki yang memberi penjelasan dalam bahasa Malaysia pelat Cina.

Percubaan kedua wartawan Kosmo! Ahad mendail satu lagi nombor telefon dalam iklan lain mendapati panggilan disambut lebih mesra sebelum ditawarkan khidmat gadis tanpa segan silu.

Kita ada perempuan tempatan atau luar negara untuk bagi layanan seks first class kepada awak.

Paling baru gadis dari Taiwan yang sampai dua hari lalu. Muka dia kalau awak tengok banyak seksi, kulit gebu dan pandai layan punya, mesti awak puas hati,” katanya.

Bagaimanapun, lelaki itu menambah, bayaran dikenakan bagi mendapatkan perkhidmatan gadis Taiwan terbabit lebih mahal iaitu RM400 berbanding gadis tempatan dan luar negara lain yang berharga di antara RM250 dan RM350.

“Kita boleh hantar perempuan sampai rumah kalau awak mahu tapi mesti bayar duit teksi RM40.

“Jangan takut, kita suruh dia pakai tak seksi dan pemandu akan hantar sampai masuk dalam rumah supaya orang tak nampak,” katanya.

Leave a comment

Your comment

CommentLuv Enabled