PENGAWAL TANDAS khas untuk Mariah

hi 07.1 PENGAWAL TANDAS khas untuk Mariah

MARIAH CAREY



MARIAH CAREY dilaporkan meminta untuk mempunyai pengawal tandas khusus untuk dirinya di majlis perkahwinannya.

Penyanyi yang kini hangat menerusi lagu Touch My Body telah berkahwin secara rahsia dengan penyanyi rap Nick Cannon di Bahamas pada 30 April lalu.

Mariah memberitahu, dia meminta kemudahan eksklusif disediakan di Six Flags Magic Mountain Theme Park Los Angeles pada malam Selasa lalu.

Mariah dan Nick juga menghabiskan masa di sekitar taman tema itu dengan memandu kereta golf miliknya sambil diikuti sepenuh masa oleh pendandan rambut dan juru mekap.

Sementara itu, salah seorang pembantu Mariah telah berkunjung ke butik bayi yang cukup eksklusif iaitu Petit Tresor di Los Angeles bagi membincangkan hiasan dalaman untuk bilik bayi pasangan tersebut.

“Mereka akan menghantar contoh fabrik kepada Mariah dan Nick yang baru sahaja mendirikan rumah tangga. Mereka tertarik untuk menghiasi bilik itu dengan tema rama-rama,” jelas pembantu pasangan itu kepada majalah Malefirst.

Mariah yang tinggal di New York juga meminta untuk mengadapan acara tertutup di Petit Tresor ketika dia melawat Los Angeles kelak.

Dia yang tidak ingin berahsia kepada umum memberitahu sangat teruja untuk memiliki anak bersama suami tersayang, Nick.

“Inilah tujuan utama perkahwinan,” ujarnya tanpa segan silu.

-arkibkosmo




Leave a comment

Your comment

CommentLuv Enabled