
PENYANYI Kid Rock dengan bermurah hati mendermakan sejumlah kira-kira RM32,000 (AS$10,000) kepada satu kumpulan pengakap yang menjadi mangsa kecurian. Peralatan perkhemahan kumpulan Oviedo Boy Scout Troop 631 itu telah dicuri berhampiran sebuah gereja baru-baru ini.
Kid Rock yang terkenal dengan lagu-lagu genre rock itu mengetahui insiden berkenaan ketika dia berada di Orlando, Florida.
Dia yang terkejut selepas membaca berita berkenaan terus mengeluarkan cek untuk didermakan.
“Rock memang berbesar hati dan gembira untuk menolong mereka,” jelas agen publisitinya, Nick Stern.
Ketua pasukan itu, Bill Stott memberitahu, pemberian wang yang diderma oleh Rock itu sudah cukup memadai untuk menggantikan keperluan-keperluan yang telah dicuri.
Stott juga berkata, dia akan mendermakan wang lebihan tersebut kepada komuniti lain.
“Kami sudah dapat menampung kerugian yang dialami, kini tiba masanya kami membalas budi komuniti,” katanya kepada majalah Malefirst.