LEMBU sebesar anak gajah

du 04.1 LEMBU sebesar anak gajah

SEORANG wanita memegang tali yang diikat pada leher lembu sebesar anak gajah di Somerset, Britain.



LONDON – Seekor lembu di Britain mungkin mencatatkan rekod baru dunia sebagai yang terbesar selepas mempunyai ketinggian 1.8 meter dan mempunyai berat hampir satu tan, lapor sebuah akhbar semalam.

Walaupun mempunyai saiz sebesar anak gajah, lembu yang dinamakan Chilli itu hanya memakan rumput dan kadang-kala diberi makan lobak.

Chilli yang berusia sembilan tahun dipelihara di Pusat Jagaan Haiwan Ferne di Chard, Somerset di Britain selepas diserahkan oleh tuannya ketika berusia enam hari.

“Kami mula menyedari Chilli lebih besar daripada lembu yang lain ketika ia sedang membesar,” kata pengurus pusat itu, Naomi Clarke.

Pemilik pusat jagaan itu telah menghubungi pihak Guinness Book of Records yang kini sedang meneliti dan membandingkan haiwan itu dengan rekod lembu-lembu yang lain. – Agensi




This entry was posted in Berita Tergempar and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge